Kami dimaklumkan bahawa KDYMM Tuanku Hajjah Haminah telah berangkat ke Pulau Pinang untuk sambutan Tahun Baru Cina atas jemputan rakan karib Baginda. Walaupun kunjungan Baginda adalah tidak rasmi, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menerima Baginda mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikut protocal Negara.
Kami, Kesultanan Kedah berharap agar rakyat Malaysia bersabar dan meletakkan tangungjawab terhadap pihak Polis untuk mengambil tindakan sewajarnya. Fitnah dan spekulasi yang berbau politik dan perkauman akan hanya membawa kepada masalah yang lebih besar. Terdapat banyak pihak atau individu yang telah menjadikan insiden ini sebagai platform untuk mencetuskan huru hara diantara rakyat. Sikap ini sangat memalukan dan melangar prinsip yang dipeganng oleh Baginda Raja-Raja yang meletakkan keamanan negara sabagai asas pemerintahan Diraja. Tedapat banyak posting di media masa dan laman sosial terutamanya Facebook yang mampu meracuni minda rakyat. Kami berharap semua pihak akan berhenti membuat spekulasi yang tidak berasas ini.
Kami sesunguhnya menyeru dan berharap agar rakyat Malaysia akan terus bersama-sama bersatu dan memberi taat setia kepada Baginda Raja Raja kita. Sesungguhnya, institusi Diraja Malaysia adalah teras keamanan dan kemakmuran negara. Jadikan Rukun Negara sebagai falsafah yang penting supaya kita tidak pincang dan membuta demi MERAIH KUASA!
Kesultanan Kedah mengangkat sembah meminta ampun mewakili semua rakyat Malaysia kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas insiden ini. Kami juga berdoa agar Baginda berdua dipanjangkan usia dan selamat memerintah negara sebagai tunjang perpaduan dan keamanan Malaysia.
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU!!!