Thursday 31 January 2013

Susunan Kekananan Negara Malaysia

                  Susunan Kekananan Malaysia atau Order of Precedence of Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1957 selepas Malaya mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1963, susunan ini telah diubah dengan kemasukkan Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura yang telah membentuk Negara Malaysia. Singapura keluar dari gagasan ini pada tahun 1965.

                  Senarai Kekananan negara adalah definisi hieraki urutan kedudukan seseorang individu secara protokol mengikut kepentingan masing-masing. Malaysia, yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Parlimen meletakkan Institusi Diraja di tempat teratas dari 7 posisi utama. Dari sudut sejarah Kesultanan Melayu, Raja atau Sultan megetuai tempat teratas institusi kerajaan. Raja Perempuan atau Sultanah yang menjadi suri baginda mengambil tempat kedua. Ini diikuti oleh Raja Muda atau Tunku Mahkota, Raja-Raja Bergelar, Kerabat Diraja, Menteri-menteri, Hulubalang Istana, Bangsawan dan Rakyat Jelata.

Sultan Azlan Syah dan Raja Permaisuri Bainun berangkat ke Istiadat Pertabalan Sultan Perak. Kelihatan wakil-wakil Raja-Raja berdiri mengikut Kekananan masing masing.
                  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengetuai susunan kekananan di Malaysia. Baginda dipilih dikalangan 9 orang Raja yang menjadi anggota Majlis Raja Raja. Majlis ini mempunyai kuasa eksukutif  melantik Seri Paduka Baginda, menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat orang melayu dan bangsa lain Negara Malaysia.

                  Selepas Yang Dipertuan Agong, isteri Baginda mendapat gelaran Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan menjadi orang kedua terpenting. Ini diikuti Sultan-Sultan dan Raja negeri lain dan suri mereka. Kedudukan setiap Raja ditentukan mengikut tarikh perlantikan Baginda mula memerintah. Faktor usia dan tarikh pertabalan tidak diambil kerana sudah menjadi adat seorang raja memulakan pemerintahan baginda pada hari perlantikan.

Berikut adalah senarai Kekananan Diraja Malaysia bagi tahun 2013 :


SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia 
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14
Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Syah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
(13.12.2012)


SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Hajjah Haminah
(13.12.2012)

DULI DULI YANG MAHA MULIA RAJA RAJA



SULTAN KEDAH DARUL AMAN


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan 
Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Syah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan 
Kerajaan Kedah Darul Aman
(dari 15.07.1958)


SULTANAH KEDAH DARUL AMAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultanah Hajjah Haminah 
(dari 09.01.2004)


SULTAN PAHANG DARUL MAKMUR

Duli Yang Maha Mulia 
Sultan Haji Ahmad Syah Al-Mustain Billah 
Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Pahang Darul Makmur
(dari 07.05.1974)


SULTANAH PAHANG DARUL MAKMUR


Duli Yang Maha Mulia
Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom 
(dari 30.09.1992)


SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri 
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 
Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
(dari 03.02.1984)



RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN


Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan 
Tuanku Bainun
(dari 03.02.1984)

SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN


Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
(dari 15.05.1998)


SULTANAH TERENGGANU DARUL IMAN


Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu
Sultanah Tuanku Nur Zahirah
(dari 15.05.1998)

RAJA PERLIS INDERA KAYANGAN


Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin 
Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
(dari 17.04.2000)

RAJA PEREMPUAN PERLIS

 Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis 
Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
(dari 17.04.2000)



SULTAN SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Syah Al-Haj Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah Al-Haj
(dari 22.12.2001)

TENGKU AMPUAN/PERMAISURI SELANGOR

----------



YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN


Duli Yang Maha Mulia 
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Taunku Munawir
(dari 29.12.2008)


TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN


Duli Yang Maha Mulia 
Tunku Ampuan Negeri Sembilan 
Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud
(dari 29.12.2008)


SULTAN JOHOR


Duli Yang Maha Mulia Baginda
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim
(dari 23.01.2010)


SULTANAH JOHOR


Duli Yang Maha Mulia Baginda
Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Syah
  (dari 22.11.2011)
*Raja Zarith dibahaskan sebagai Tuanku. Raja Zarith hanya akan mengunakan gelaran Sultanah apabila dimahkotakan kelak.

AL-SULTAN KELANTAN


Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Al-Sultan Muhammad V
(dari 13.09.2010)
*Sultan Muhammad adalah Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia

RAJA PEREMPUAN KELANTAN

--------------------------


Pada tahun 2010, apabila Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilantik menjadi Sultan Kelantan, Ayahanda Tuanku menjadi mantan Sultan. Gelaran dan kedudukan khas telah diberikan oleh Majlis Perajaan Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada Tuanku Ismail Petra dan suri Baginda.


Duli Yang Maha Mulia 
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra



Yang Maha Mulia 
Raja Perempuan Anis binti Tengku Abdul Hamid

Senarai Kekanan Negara juga memberi kedudukan khas kepada mantan Raja Permaisuri Agong yang masih lagi hidup dan balu Sultan yang pernah memegang gelaran permaisuri. Mereka mendapat Kedudukan Ke-4 selepas Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Negeri.

Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu


 Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu
Tengku Ampuan Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Setia Raja
(Raja Permaisuri Agong Ke-4 & Tengku Ampuan Terengganu)
(Balu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin)

Yang Teramat Mulia Tunku Puan (Johor)


Yang Teramat Mulia Tunku Puan Zanariah Iskandar
Binti Tengku Panglima Raja Ahmad
(Raja Permaisuri Agong ke-8 & Sultanah Johor 1981-2010)
(Balu Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail)


Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan


Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan
Tunku Ampuan Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin
(Raja Permaisuri Agong ke-10 & Tunku Ampuan Negeri Sembilan 1961-2008)
(Balu Almarhum Tuanku Ja'afar binti Tunku Besar Burhanuddin)


Yang Amat Mulia Permaisuri Selangor


 Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aisyah 
(Raja Permaisuri Agong ke-11 & Tengku Permaisuri Selangor 1998-2001)
(Balu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah Alhaj)


Yang Teramat Mulia Tunku Puan (Johor)


Yang Teramat Mulia Tunku Puan Nora Ismail 
binti Tengku Panglima Raja Ahmad
(Sultanah Johor 1977-1981)
(Balu Almarhum Sultan Ismail)


Daulat Tuanku 



Monday 21 January 2013

Royal Celebrations mark Sultan of Kedah's 85th Birthday

                 Kedah celebrated Sultan of Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Syah's 85th birthday with pomp and pageantry. Sultan Abdul Halim, who is the 27th Sultan of Kedah, is the current Yang Dipertuan Agong or King of Malaysia. Since His Majesty carries the duty as the Head of State of Malaysia, the Kedah Regency Council presided over the celebrations at Alor Star.


             The celebrations begun on the evening of the 19th of January, with the recitals of  Yassin and Doa Selamat at Masjid Zahir. Tunku Bendahara of Kedah, Tunku Annuar Alhaj Sultan Badlishah, President of the Kedah Regency Council presided over the prayers and was joined by members of the royal household and thousands of faithful subjects. Those present were Tunku Temengong Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Abdul Thani Sultan Badlishah, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim, Raja Kecil Besar of Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Syah Sultan Idris Syah II and YTM Tunku Dato' Seri Soraya Sultan Abdul Halim. 

Tunku Bendahara of Kedah Saluting while the State Anthem is played by the band

Tunku Annur Alhaj inspecting the Royal Malay Regiment

             The Investiture ceremony begun with the inspection of the Guard of Honor at the Balai Besar. Menteri Besar, Dato Seri Azizan Abdul Razak welcomed members of the royal family to the special podium. The Royal Malay Regiment band played the state anthem "Allah Selamat Sultan Mahkota". Tunku Annuar inspected the guard of honor and 21 gun salute was given.

Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim and the Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak delivering their speech

            Later the royal entourage was received at the Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit. The royal orchestra (Nobat Diraja Kedah)  played Raja Belayar as the members of the regency council made their graceful entrance. The members of the regency council were clad in their Baju Sikat, which is also the official court dress of the Kedah royal family. The council was seated on a special two tired stage in front of the throne. Royal customs prohibits  other members of the royal family to take seat other then the Sultan and Sultanah.

Tunku Annuar, President of the Kedah Regency Council reading His Majesty Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Syah Titah  

            Tunku Panglima Besar of Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz read her speech in her capacity as member of the regency council. Later, the Menteri Besar read his speech and pledged his diligence to the Sultan and the Regency Council. He also praised his government on undertaking various projects for the development of the state and welfare of the people of Kedah. Just after that, the President of the Regency Council, Tunku Bendahara Kedah Tunku Annuar Alhaj read the royal address on behalf of the Sultan of Kedah. Tuanku Abdul Halim thanked his subjects and advised them to strive hard to make the state a modern and progressive one to meet the challenges of time.

Tunku Bendahara Annur Alhaj conferring DHMS to Datuk Mukhriz Mahathir which carries the title Datuk Paduka.

            A total of 87 people from various walks of life were awarded state awards. Heading the list was international Trade and Industry Deputy Minister Datuk Mukhriz Mahathir and Royal Malaysian Air Force chief Jen Tan Sri Rodzali Daud lead the honours list of recipients of awards. They received the Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim (DHMS) which carries the title Datuk Paduka. Army Field commander Lt-Jen Datuk Sri Zulkiple Kassim leads another group of five who will receive the Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) which carries the Datuk Wira title.

State Secretary Datuk Seri Diraja Syed Unan Masri with dignitaries 


Members of the Kedah Datuk Council
     
           Meanwhile, Kedah Princess Tunku Datin Marina Tunku Annuar Alhaj and Tunku Dr Muzaffar Tunku Jaafar Laksama received the Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK). A total of 60 people received their Datukship's under this award. A total of 17 people received the Kedah Justice Peace (JP) award. The investiture ended with the recital of the Doa Selamat by the state Imam. A grand lunch banquet was held at the banquet hall for the dignitaries

           The Admin's of Kedah Sultanate (Kesultanan Kedah) take this opportunity thanking all Kedahan's and Malaysians who extended their warmth and gracious wishes to His Royal Highness Tuanku on the occasion of his 85th birthday. May His Majesty be blessed with long life and good health reigning over the country with glorious and happy days for Malaysia. 

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!

written by RNC for
Kesultanan Kedah

Note : we would like to Thank Yg Bhg Datin Wendy Tham (wife of Senator Dato' Boon Som Inong) and Saudara Ahmad Zaki Osman for sharing their pictures.

Sunday 20 January 2013

Digahayu Tuanku




Menjunjung Kasih 

Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan ke-85

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Syah 
Ibni Almarhum Sultan Badlishah 

(Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Kedah Darul Aman Serta Jajahan Takluknya)

Dan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Hajjah Haminah
Sultanah Negeri Kedah Darul Aman

 Semoga Allah Merahmati Pemerintahan Tuanku

Sembah Takzim
Kesultanan Kedah
dan
Rakyat Negeri Kedah Darul Aman

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!








Saturday 5 January 2013

NAMA,GELARAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA

KDYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Syah kini menyandang gelaran Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia. Sebagai Ketua Negara, Baginda dikurnia gelaran rasmi untuk membezakan gelaran baginda sebagai Sultan Kedah. Tatkala Baginda dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong, suri Baginda akan diberi gelaran negara, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong secara automatik.

Gelaran Tuanku atau Sultan boleh dikekalkan oleh seseorang Raja mengikut perkenan Baginda semasa memerintah sebagai Yang Dipertuan Agong. Ini terbukti apabila Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar, Sultan Perak Sultan Azlan Syah dan Almarhum Sultan Selangar Sultan Salahuddin mengekalkan gelaran Sultan semasa dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong. 

Berikut adalah Gelaran Rasmi Baginda :-



KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XIV
AL'MUTASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MUU'ADZAM SYAH IBNI
ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

 D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K.,D.K.(Kelantan)., D.K.(Pahang)., D.K.(Selangor)., D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Johor)., D.K.(Terengganu)., D.K.(Perak)., D.K.(Brunei)., D.P.(Sarawak)., D.U.N.M, S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon Of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia)., Order of the Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso.Knight Order of St.John, Hon. Ph.D (UUM)

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJJAH HAMINAH
D.M.N.,D.K., D.K.H.