Saturday 5 January 2013

NAMA,GELARAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA

KDYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Syah kini menyandang gelaran Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia. Sebagai Ketua Negara, Baginda dikurnia gelaran rasmi untuk membezakan gelaran baginda sebagai Sultan Kedah. Tatkala Baginda dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong, suri Baginda akan diberi gelaran negara, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong secara automatik.

Gelaran Tuanku atau Sultan boleh dikekalkan oleh seseorang Raja mengikut perkenan Baginda semasa memerintah sebagai Yang Dipertuan Agong. Ini terbukti apabila Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar, Sultan Perak Sultan Azlan Syah dan Almarhum Sultan Selangar Sultan Salahuddin mengekalkan gelaran Sultan semasa dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong. 

Berikut adalah Gelaran Rasmi Baginda :-



KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XIV
AL'MUTASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MUU'ADZAM SYAH IBNI
ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

 D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K.,D.K.(Kelantan)., D.K.(Pahang)., D.K.(Selangor)., D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Johor)., D.K.(Terengganu)., D.K.(Perak)., D.K.(Brunei)., D.P.(Sarawak)., D.U.N.M, S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon Of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia)., Order of the Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso.Knight Order of St.John, Hon. Ph.D (UUM)

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJJAH HAMINAH
D.M.N.,D.K., D.K.H.

  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.